About Me

My photo
aku hanya manusia..biasa dan tidak istimewa..Seorang isteri kepada en.suami.Bakal ibu tidak lama lagi..InsyaAllah.

Friday, April 15, 2011

Letihnyer...

Lately terasa sangat penat..penat memikirkan perjuangan terakhir aku dalam mencapai satu lg fasa majukan diri...kdg2 aku terasa perjuangan itu cukup memeritkan, membuatkan aku terpikir kenapa aku perlu bersusah payah utk membuat sesuatu yang secara zahirnya seolah-olah tidak penting utk dicapai.tp bila dipikirkan dalam hidup,jika kita hanya berpuas hati dgn ape yg dicapai dlm hidup ini, mana mungkin kita akan berjuang utkmenjadi org yg lebih baik.Cuma kdg2 aku terpikir, sehari2 dlm hidup hanya memikirkan tentang hidup..hidup..hidup di dunia ini hakikatnya aku tidak berusaha sepenuhnya berjuang untuk satu alam kehidupan sebenar yg setiap makhluk dalam dunia ini akan hadapi..membuatkan aku sedih dan juga takut kerana sesungguhnye bekalan ke kehidupan abadi belum aku betul2 perjuangkan untuk perolehi..
Mungkin aku perlu memikirkan ..merenung apa yg aku lakukan, perjuangkan

Bicara Cinta

Cintaku,
Aku telah jatuh cinta sama kamu
Lalu,
Aku menangis..kenapa??pasti kamu hairan lantas bertanya
Kenapa cinta aku membuat kamu menangis??
Kerana aku tahu, cintamu tidak mungkin aku miliki kerana aku pernah jatuh cinta,jatuh cinta dan jatuh cinta lagi tapi tidak pernah ada satupun cinta aku itu mampu aku lafazkan apatah lagi untuk bersambut..
Dan aku terus menangis...
Kerana aku sudah rasa penat..
Penat kerana aku mencintaimu
Penat kerana aku terpaksa menahan rasa cinta ini dari terus mekar
Penat kerana untuk keberapa kali aku harus memujuk hati untuk melupakan cintaku
Menipu hati sendiri tidak semudah menipu orang lain
Penat kerana aku terpaksa berpura-pura melihat engkau bahagia dengan yang lain
Sedang hati aku sakit...sedih..kecewa..terluka
Lantas cinta kau bertanya padaku lagi
Kenapa tidak engkau lafazkan saja??
Aku senyum sinis
Kenapa bicaramu mudah sahaja?
Apa engkau pernah merasa betapa pedihnya hati ini
Bila lafaznya tidak mungkin bersambut
Bila lafazku akan hanya membuat aku menjadi benci dengan diri sendiri
Apa engkau pernah lalui
Tangis di tengah malam tika aku teringat cintaku tidak diendah
Tangis saat tanganku menadah pada Yang Esa, mohon agar hatiku melupakan cintaku
Mohon hati aku tabah cintaku tidak mungkin akan ada arah tujunya
Mohon aku lebih mencintaiNya dari mencintai cintaku pada manusia
Lalu cintaku bertanya lagi
Lalu apa lagi mahu engkau lakukan??
Aku ingin ucap selamat tinggal
Aku ingin menangis lagi di tengah malam
Aku ingin terus berpura-pura
Aku mahu melupakan kamu
Melupakan cinta aku pada kamu
Aku tinggalkan keinginanku menjeritkan pada kamu wahai cintaku
”Walau untuk sekali,
Untuk engkau merasa cinta aku pada kamu
Kerana aku cinta kamu..”
Cintaku...


*Luahan di atas tidak kene mengena dgn diri sendri,cuma mewakili hati2 manusia yg berkecuali..:P

Thursday, April 7, 2011

mencari arah,,

Masih mencari-cari arah..mencari penyelesaian..sesekali tenggelam dalam dunia malasku..sesekali marah dgn diri sendiri..menunding jari kepada org lain tapi akhirnya tertunding ke arah sendiri..hingga kini, masih belum jua aku temui jalan yang sepatutnya..