About Me

My photo
aku hanya manusia..biasa dan tidak istimewa..Seorang isteri kepada en.suami.Bakal ibu tidak lama lagi..InsyaAllah.

Monday, May 9, 2011

Dugaan ini...

14 hari sudah berlalu, namun ayahku yang aku sayangi masih koma..Gelap seketika dunia aku bila orang yg aku paling sayangi sehingga kini hanya terlantar, tidak bergerak dan tidak sekalipun membuka matanya dan terasa diri ini begitu tidak berguna..hanya mampu memandang tapi tiada apa mampu aku lakukan..Ya Allah..betapa sekali diri ini diberi dugaan, peritnya nak menanggung..betapa sedihnya aku melihat seorang ayah yg dulunya gagah berdiri, memangku aku ketika aku kecil, mengungkapkan kata2 teguran bila aku membuat kesilapan, kini terlantar penuh kesakitan..tiada lagi gelak ketawa,tiada lagi pandangan mata penuh kasih sayang..dunia ini terasa kosong..
Aku memegang tangan yang longlai,cuba mencari gerakan walau seinci gerakan jarinya tapi tiada apa yang berlaku..
Betapa lemahnya aku menghadapi dugaan ini..cuba mencari ketabahan dalam kepayahan..Ya ALLAH moga aku tabah menghadapi dugaanMu Ya Allah..
Bak...na sayang bak..doa na sentiasa setiap detik,tiap ketika akan terus mengharap bak sedar..:(

Moga aku dan keluargaku bersabar dan tabah meghadapi UjianMu Ya Allah..kerana ku tahu Ya Allah,Kau akan menguji tiap hambaMu yang Kau sayangi untuk melihat sejauh mana keimanan dan ketakwaan hambaMu yang lemah ini Ya Allah..