About Me

My photo
aku hanya manusia..biasa dan tidak istimewa..Seorang isteri kepada en.suami.Bakal ibu tidak lama lagi..InsyaAllah.

Thursday, October 27, 2011

Ringkasan buku yang dh dibaca...

Agak rileks..jadi mencari kesempatan untuk menunaikan janji kepada aida utk menconclusionkan (aduhai bahasa..sesuka hati jer saya rojakkan) buku bacaan saya yang sudah masuk seminggu lebih saya habiskan.Minta maaf pada aida sbb baru berkesempatan untuk menulis serba sedikit summary buku (tak boleh banyak sangat sbb tak mo disaman penulis buku itu..hehe) itu.

Ringkasnya buku itu berkisar tentang R&R atau bahasa mudahkan perhentian demi perhentian (bukan merujuk kepada citer 7 perhentian yer..) yang setiap manusia perlu laluan dalam menuju perhentian terakhir dalam kehidupan sebenar..antara perhentian yang perlu dilalui adalah ...

Satu bacaan yg bagi saya agak mudah difahami tapi kadang2 perlu sedikit pemikiran untuk mendalami maksud sebenar..mengajar kita setiap perlakuan dan laluan yang perlu disusuri dalam landasan kehidupan yang betul..

Antara intipati buku ini menceritakan keseimbangan dalam kehidupan. Macamana manusia perlu mencari titik keseimbangan dan seterusnya membawa diri dilandasan kehidupan yang betul. Langkah perjalanan hidup seperti suatu perjalanan di jalanraya..(chewah..mentang2 keje bhgn jalan..hehe) Ada masanya kita akan berhenti, lihat dan teruskan perjalanan. Dalam tiap pergerakan itu,ada ceritanya sendiri.Buku ini turut menceritakan tentang mencari keseimbangan dengan diri sendiri, dengan Allah, dengan Rasulullah dan pelbagai keseimbangan lain merangkumi perkara dan individu disekeliling kita. Kesimpulannya kehidupan yang seimbang hanya dapat dicapai dengan berpandukan jalan yang diredhaiNya..

Semoga aida berpuas hati dengan ringkasan dari zana yg mmg btol2 ringkas isinya.almaklum saya bukan seorang penulis yg pandai.hehe..moga dapat dihayati bersama..

* sekarang sedang mula membaca buku bertajuk 'kamal atarturk' (entah btol ke tak ejaan nama blkg tu..belasah jerlah..) seorang yg kononnya ketika aku bersekolah dulu diajar dianya seorang bapa pembangunan/kemodenan Turki tapi hakikatnya dia adalah orang yg bertanggungjawab ke arah kehancuran/kejatuhan Islam di bumi Allah itu..suatu buku oleh penulis yg mmg berjaya menjadikan aku peminat bacaan sejarah seperti itu..;)