About Me

My photo
aku hanya manusia..biasa dan tidak istimewa..Seorang isteri kepada en.suami.Bakal ibu tidak lama lagi..InsyaAllah.

Wednesday, January 19, 2011

Semoga Amir Afiq Selamat

Sebentar lagi anak buah aku, amir afiq akan menjalani operation.Semoga anak buah aku yg comel, aktif itu akan diberi kekuatan oleh Allah untuk menghadapi kesakitan itu..Sedih rasanya melihat seorang budak kecil terpaksa menghadapi penderitaan itu.Sayu hati aku melihat wajahnya, melihat wajah akak aku dan abg ipar aku.Semoga mereka diberi kekuatan oleh Allah..Ya Allah, semoga semuanya selamat..tlg doakan ye kawan2..

Thursday, January 6, 2011

hijrah..

akhirnyer...selepas 4 tahun beberapa bulan,aku akan meninggalkan tpt keje aku tidak lama lagi.tpt yg banyak tinggalkan kenangan manis,pahit,sedih,gumbira, tensen dan sebagainya..perasaan aku?? ada rasa gembira, rasa sedih, rasa cuak and risaupun ada..yelah selepas bertahun-tahun melalui rutin yang sama, duduk dalam satu environment yg mana aku sudah rasa selesa, gembira dan segalanya..dan tiba2 perlu tinggalkan semua itu, mmg bermacam perasaan akan timbul tapi hidup perlu kepada penghijrahan kan..agar diri lebih mengenal dunia sekeliling,agar pengalaman lain akan lebih mematangkan dan memajukan diri..agar diri menjadi lebih baik..InsyaAllah
dedikasi buat teman2 seopis aku yg mungkin ada yg membaca dan ada yang tidak membaca:
terima kasih kerana menjadi teman opis yang baik, menghiburkan, menggembirakan hati dan bersama bekerjasama..aku pastinya akan rindukan semua orang..PASTI!!
buat boss aku, u are the best BOSS!!terima kasih atas segala tunjuk ajar,terima kasih atas segala nasihat yg sering aku rasa mcm nasihat seorang ayah kepada seorang anak..terima kasih bg semangat kat aku utk abiskan studi aku yg lom abis..dan bg peluang utk aku wat keje blajor kat opis gak.uhuhu..THANK YOU SO MUCH BOSS!!mungkin susah utk aku temui boss yg sebaiknya lagi..moga boss akan dpt anak buah baru yg lebih bersemangat dan rajin watkan keje boss..hehehe..
buat anak buah aku,trima kasih kerana menjadi anak buah yang rajin buat keje n semoga korang akan dapat boss baru yg best ye..
harapan aku, penghijrahan ini akan membuka ruang baru ke arah kehidupan yang lebih baik..Terima kasih Allah kerana sentiasa mudahkan urusan dalam hidup hambaMu yang lemah ini..