About Me

My photo
aku hanya manusia..biasa dan tidak istimewa..Seorang isteri kepada en.suami.Bakal ibu tidak lama lagi..InsyaAllah.

Tuesday, June 14, 2011

Mencari semangat yang Hilang

Pemergian Ayah tercinta pada 1 Jun 2011 cukup membuatkan kehidupan terasa gelap seketika.Menerima perkhabaran itu ketika aku berkejar pulang buat aku rasa lemah tak bermaya..Aku, anak ayah yang tidak sempat berasa disisinya ketika ayah menghembuskan nafas terakhir..Hanya esak tangis mengiringi pemergian ayahanda tercinta.Sekarang sudah 14 hari ayah pergi meninggalkan kami, namun terasa baru semalam aku melihat ayah terbaring kaku di hadapan aku..Pedihnya perpisahan ini untuk aku terima.Tapi aku redha dengan pemergiannya.Cukuplah kesakitan yang ditanggung oleh ayah kerana aku juga tidak sanggup melihat ayahku terus berada dalam kesakitan itu.
Sehingga kini, hidup rasa kosong..setiap hari aku menangisi pemergiannya..rindu dengan celoteh ayah..rindu dengan suara2 nasihat yang diberikan..rindu dengan kata2 semangat yang dititip..rindu segala-galanya.
Sebahagian diri aku terasa pergi bersama ayahku..
Sudah pasti aku akan merindui ayahku sampai bila2..rindu ini tidak mungkin padam selama-lamanya..
Semoga roh ayahanda tercinta..Ibrahim Abdullah..ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..Ya Allah,semoga ayahku sentiasa dibawah rahmatMu..kasih sayangMu..cintaMu..Semoga rohnya tenang di alam sana..
Semoga suatu hari nanti, aku akan dipertemukan dengan ayahku kembali...itu doaku
Semoga hati ini,diri ini diberikan kekuatan olehMu, Ya Allah..Semoga ibuku,adik beradikku.. juga tabah menghadapi perpisahan ini..
Aku..masih mencari-cari semangat yang hilang.

9 comments:

All About AnaYna said...

tabahkan hatimu sahabatku..doakn kesejahteraan arwah di sana.ku tetap bersamamu memberikn sokongan.moga dikembalikn semula semangat yg hilg.aminn

aku hanya manusia said...

tq Na..terima kasih atas sokongan na.really appreciated it

Dwanz said...

Salam,

Ucapan takziah dari kami sekeluarga. Semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan dicucuri rahmat dari yang Esa. Maaf kerana baru dimaklumkan....

Raduan Sekeluarga

aku hanya manusia said...

terima kasih ye en raduan n family atas doa2 tuh..amin

Abgbent said...

Saya mendoakan semoga almarhum dirahmati NYA, mendapat lindungan NYA, jua ditempatkan bersama-sama mereka yang soleh, InsyaAllah.

Jua tidak dilupa, semoga adikku AHM akan terus tabah menhadapi ujian-ujian NYA, dan terus berusaha melangkah menggapai kejayaan, InsyaAllah.

Ada kelapangan, abg akan cuba kongsikan sebuah kisah mengenai peristiwa suka duka kehidupan duniawi yang sememangnya perasaannya boleh berubah-ubah, setiap ketika.

(*___*)
Abgbent

gadis kaca mata said...

tabahlah wahai sahabat...
memang menerima kehilangan itu perit. saya ada, kalau2 awak perlukan seseorang untuk meluahkan segala rasa. semoga sahabatku ini diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan hidup.

Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan org2 beriman.
:'(

aku hanya manusia said...

Abgbent : terima kasih atas kata2 nasihat tu..InsyaAllah saya akan tabah menghadapi hari mendatang

GKM : mekasih wak sbb sudi mendengar luahan hati kite..

Aida said...

zana...semoga tabah menghadapi ujian ni..Sesungguhnya ALLAH SWT sayangkan arwah insyaALLAH..Berilah hadiah yang terbaik untuk arwah ye..doa yang tak putus..

aku hanya manusia said...

aida,terima kasih atas sokongan..InsyaAllah, moga diberikan kekuatan