About Me

My photo
aku hanya manusia..biasa dan tidak istimewa..Seorang isteri kepada en.suami.Bakal ibu tidak lama lagi..InsyaAllah.

Friday, January 4, 2013

Permulaan Tahun Baru 2013

Alhamdulillah..tahun 2013 telahpun memasuki usia 4 hari. Tahun 2012 telah saya tinggalkan dengan banyak kisah suka-duka yang akan tersimpan kekal dalam memori hidup..Bersyukur dengan setiap hari2 yang masih diberi peluang olehNya untuk bernafas dan berpijak di dunia ini..Saya telah melalui banyak episod baru dalam kehidupan tahun 2012 yang telah berlalu namun jarang dapat luahkan dalam blog yang dah bersarang sebab dh lama tinggalkan..Sudah agak lama takde masa (atau sebenarnya saya malas..hehe) untuk menulis sesuatu dan takde idea nak tulis aper.. Alhamdulillah kini saya telah masuk hampir 7 bulan saya bergelar seorang isteri kepada en.suami yang tercinta..Masih lagi cuba belajar untuk menjadi seorang isteri, mencari keserasian dan belajar untuk menjadi isteri mithali (En.L..mithalikah saya??hehe..)Apepun saya bersyukur di atas kurniaanNya menemukan saya dengan seorang sumai yang baik dan cukup memahami..Dan Allah S.W.T tambahkan rezeki dan rahmatnya dengan kurniakan bakal cahaya penyeri rumahtangga saya, seorang bayi yang kini dalam kandungan..Alhamdulillah.. Kehidupan tahun 2013 ini, satu fasa baru dalam kehidupan saya akan saya lalui tidak lama lagi..InsyaAllah dengan izinNya..Semoga semuanya dapat dilalui dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan..Tiada azam baru yang saya fikirkan untuk tahun 2013..Sebabnya tak sempatpun nak fikir kerana terlalu sibuk dengan kehidupan sehari-hari. Apapun saya harap setiap yang saya lalui dalam tahun ini, mampu saya hadapi dengan sebaiknya..semoga saya boleh menjadi hambaNya yang lebih baik, isteri yang lebih baik dan bakal ibu yang sebaik mungkin..banyak yang perlu saya pelajari dalam melalui setiap fasa kehidupan ini..Semoga Allah akan memberkati perjalanan hidup saya ini.. InsyaAllah..

4 comments:

puding roti said...

berair mata sy bc entry awk ni..cepatnya masa berlalu..sy terbayang ms kita belajar dl,makan dan tidur sama-sama di KTR, kemudian duduk beramai2 di rumah sewa, berjalan2 dgn kwn kemudian gelak sampai berguling2..tiba2 hr ni kita dh bertemu dgn pemilik tulang rusuk kita..kemudian sibuk dgn kehidupan baru kita..

baiknya Allah beri kita segala kebaikan dan bahagia utk kita..

tp rindunya ms kita ramai2 dulu kan..

oh sy lupa la nak berazam tahun baru rupanya hehehehe..

Umi Mira said...

zana... takde pon senarai blog saya. hihi... sibuk je umi ni.. mengganggu mood sedih blog zana. hihi... selamat tahun baru zana... selamat jadi ibu juga...

aku hanya manusia said...

Puding roti: ha'ahkan ha, banyak kenangan kita ramai2 bersama..kenangan yg takkan kite sama2 lupa sampai bila2.kdg2 teringin kembali berkumpul ramai2, gelak dan bercerita kisah lalu..tp tulah hakikatnya kita sibuk dgn kehidupan msg2..tp moga ikatan yang terjalin antara kita semua akan terus kekal selamanya..InsyaAllah..:)

Umi: alamak...umi lupe lak nk add blog umi..padahal selalu baca..nti sya add tau..hehe

haime said...

Zana.. smg thn 2013 membawa bahagia berpjgn utk zana dan kekuarga.
Dah ada anak nti lagiiii sibuk.

Moga selamat deliver nti