About Me

My photo
aku hanya manusia..biasa dan tidak istimewa..Seorang isteri kepada en.suami.Bakal ibu tidak lama lagi..InsyaAllah.

Wednesday, July 16, 2008

Debat Anwar vs Shabery...

Aku pasti semalam mesti ramai jer yg mengadap tv9 or awani utk tgk satu perbahasan antara pihak kerajaan (atau lebih sesuai merujuk kepada parti BN) dengan pihak pembangkang yang aku kira satu hari dalam sejarah negara ini. Sebab sepanjang bertahun-tahun aku mula berminat mengambil tahu hal politik dlm n luar negara,aku tak penah lihat live debat antara 2 pihak dlm Malaysia ini yang sentiasa bertelingkah. Bagi aku,ada bagusnyer debat ini dibuat kerana at least penyokong2 anwar yg dh lama tak dpt lihat anwar berckp live dlm tv dpt melihat beliau kat dlm tv..live lagi..hehe..
Isi debat lak, bagi aku tak sepenuhnyer menjawab kepada persoalan tajuk..ada masanyer aku tgk n dgr serangan bersifat peribadi lebih nyaring bunyinyer berbanding menjawab kepada persoalan yg ditanya..tapi sesuatu yg agak menarik,reaksi spontan n sinis anwar menjawab kepada serangan peribadi ke atas beliau agak menarik..

Apa yg aku respek dari debat ni:

1. Keberanian Shabery utk berhadapan n menjawab n berdebat dengan anwar, bagi aku something yg boleh sedikit dikagumi.Pada ketika negara sememangnyer masih hangat n rakyat masih merasa marah atas kenaikan harga minyak,beliau sanggup utk berhadapan dgn anwar walau jwpn yang diberikan tidak begitu memuaskan n byknyer tak menjwb soalan..yelah,saat PM n TPM pun 'tak berani' nk berbahas..tak tahulah aku klu mereka tidak punyer walau sedikit masa utk bersoal jawab perkara itu yg mungkin bagi mereka perkara remeh.

2. AT least debat ni membuka ruang utk 2 pemimpin berlainan parti n berlainan pendapat mengutatrakan pandangan masing2.

Tapi yg tak braper best nk dgr (walau seronok act tgk n dengar..eheh!) pasal ada yg cuba menyentuh isu peribadi masing yg mencetuskan suasana saling bersindiran n memberi senyuman sinis antara satu sama lain..well,sometimes mmg manusia tidak dpt lari dari beremosikan..kerana manusia tetap manusia...

anyway,aku tak tahu pengakhiran atau hala tuju bahas ni ke mana akhirnya..adakah cuma perbahasan semata-mata atau ada pihak yg mendengar n menilai setiap kata2 mereka n cuba mengambil mana yg baik utk dijadikan panduan..kadang2 tidak slah mendengar nasihat/pandangan musuh kita kerana mereka memberi pandangan yg mana kawan kita tidak mungkin ada atau tak berani nyatakan..atau adakah bahas ni,cuma seolah-olah hiburan kepada rakyat yg mana tiada isi cuma memuaskan hati...

Aku dh dgr dua pihak tu smlm,ada btul,ada salah n ada yg aku tak setuju..n aku rasa semua org yg tgk perbahasan kat tv semalm ada penilaian n pandangan masing2 so after all kita sendiri yg buat keputusan atas apa yg kita fikir..

saat yg aku paling suka n gembira tgk,bila dua org pemimpin tu bersalaman di akhir debat samaada ikhlas atau tidak,itu ikut hati masing2 tapi membuatkan aku terpikir,knape 2 pihak yg berlainan pendapat ini tidak cuba bertukar pendapat utk memberikan yg terbaik utk rakyat..yelah..masing2 bergegar2 mencanangkan usaha membantu rakyat tapi tidak nmpk usaha utk sama2 duduk berpikir n berkongsi ilmu atau pandangan bernas membentuk satu keputusan yg akhirnyer menuju matlamat yg sama iaitu MEMBANTU RAKYAT.

akhir sekali aku nk komen ketidakpuasan hati aku dengan komen shahrir samad kat dlm tv pagi tadi masa aku tgh2 siap nk gi keje..antara perkara yg aku ingat dier kata,klu betul anwar(aku tak pasti dier sebut anwar or PKR or pembangkang) nk membela rakyat (or something camtulah) bukan dengan turunkan harga petrol tapi diesel...bengong!!itulah kata2 yg kuar lepas ku dgr..aper kehal plak ckp trunkan harga diesel lak..dua2 pun minyaklah cik pak menteri!!..jadi minyak petrol ker,diesel ker,kelapa ker or tahi minyak..semua merujuk kepada PERKARA yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat..ko ingat kitaorg pakai kete,isi diesel ker?so logicnyer aper2 minyakpun klu dh harga naik sudah pasti memberi kesan kepada kehidupan kami ni sebagai rakyat yg bukan naik kereta kerajaanpun bile time gi keje balik keje or bile2 nk kuar naik motor or krete...jadi please..tolonglah jgn buat kenyataan yg cam nmpk ko'stupid' walau sebenarnyer ko bijak semata-mata nk nmpkkan u are so clever n good leader.. we're not that stupid utk dimomokkan dgn ayat2 camtuuh...

No comments: